Archive

…walaupun Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) diteruskan.

ppsmi-protestAku tidak setuju dengan protes petang semalam di mana beribu-ribu orang berhimpun dan berarak membantah pelaksanaannya dari Masjid Negara ke Istana Negara, bagi menyerahkan memorandum kepada pihak istana. Apa kejadahnya kau membuang masa dengan benda itu? Cara begini akan hanya menyebabkan kau dilayan seperti anjing-anjing kasta pariah. Kau mahukan itu?

Lebih baik kau protes untuk mansuhkan sahaja Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dan Cina! Ini adalah salah satu punca wujud keretakan dalam menyatupadukan rakyat Malaysia.

Melentur buluh biarlah dari rebung. Bila lagi kau nak anak-anak kau kenal bahasa Inggeris. Kalau dari kecil kau takutkan anak kau untuk belajar dalam bahasa Inggeris, bolehkah kau jamin dia akan berjaya menguasainya bila dia dewasa. Kau lihat sahaja lepasan universiti sekarang. Ada yang tidak boleh membezakan honors dan honest.

Cina boleh menguasai 3 bahasa, begitu juga orang India. Sudahlah kita ketinggalan dari segi ekonomi, nak pula kau tutup peluang anak-anak kau untuk berjaya di masa hadapan.

Bahasa Inggeris penting untuk kita menguasai ilmu dan dunia. Kurangkah keMelayuan kau, jika kau belajar Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris? Adakah kau malu pada kelemahan kau untuk menguasai bahasa Inggeris; kau suarakan melalui protes?

ps
Adakah kerana aku ber-blog dalam bahasa Inggeris membuatkan aku kurang Melayu dari bloggers Melayu lain? :)

Tags: , , · 29 comments · Leave a response »

Related Post

    None Found

29 Responses to “Takkan Melayu Hilang Di Dunia”

  1. Bat · March 8, 2009 @ 10:19 PM

    Aku belajar dalam bahasa inggeris, tapi rasanya subjek kemahiran hidup dan pendidikan jasmani kena ajar dalam bahasa malaysia. Matematik? kalau tahun depan tak dimansuhkan lagi, maknanya aku kena ajar dalan BI.

    Entah la, aku sendiri taktau nak komen pasal isu ni sedangkan aku sendiri yang nak kena mengajar kat sekolah nanti.

    Tapi yang pastinya, kalau budak-budak tak faham, aku kena ajar dalam bentuk yang senang untuk difahamkan(dalam BM).

    Pasal line terakhir entri ni, mestilah TAK, aku tak kisah pun kalau nak tulis dalam BI, asalkan aku faham. =) Bahasa cuma perantaraan, medium untuk berkomunikasi. Yang penting, ‘mentaliti’ tu. Kan?

  2. azwan · March 8, 2009 @ 10:53 PM

    @Bat
    Aku memberikan komen aku berdasarkan pengalam aku sendiri. Ada baiknya. memang nampak susah, tapi aku lihat anak aku dapat faham kalau kita pun membantu.

    kalau kita asyik mengharapkan guru, tak ke mana anak kita.

  3. Bat · March 8, 2009 @ 10:58 PM

    Azwan, betul tu, memang tak boleh nak harapkan cikgu 100%. Tapi, yang selalu aku dengar, nampak, dan rasa sendiri, ibubapa memang harapkan cikgu hampir 100%.

    Kalau anak dia tak pass exam, dia salahkan cikgu, tapi kalau anak dia pass, dia cakap anak dia pandai, haha..Tapi tu cuma segelintir, bukan semua hakikatnya.

    Cuma aku risau, budak-budak yang duduk kat pedalaman tu, yang segelintir ibubapa kurang pengetahuan pasal BI. Kes naya jugak tu. :/

    BTW, just my 2 cents lah =)

  4. azwan · March 8, 2009 @ 11:11 PM

    @Bat
    memang kes naya, tapi lebih bagus dia bersusah payah di masa muda. daripada dia terkial-kial bila dah dewasa.

  5. catzer · March 9, 2009 @ 2:29 AM

    Isunya skang ni budak2 kat kampung, budak kat bandar takde isu sepatutnya. Byk peluang utk mereka mendalami BI berbanding budak2 kampung. Contohnya zaman aku dulu mak aku terpaksa spend beribu belikan produk utk belajar bahasa english ni sbb parent aku tak pandai speaking english. Then cikgu2 di kawasan pendalaman tak byk alat bantuan mengajar dan mmg susah utk lenturkan lidah budak2 yg bese ckp melayu pun byk salah..

    Skang bukan isu bahasa sgtpun yg penting mencari solution bagaimana nak improve perkara ni dan bukan stopkan isu ni. Aku bdk kampung dan english pun hancur sampai skang, but at least aku perasan gak bukan salah sistem pendidikan aku lemah english tp sbb masa aku sekolah cikgu aku malas nak ajar sbb depa ckp ajar budak kampung leceh mmg sampai bile2 susah nak pandai..

    Anak sedara aku skang even belajar kat kampung bagus cikgu2 mereka byk membantu dan parent pun mmg bolehlah speaking english sbb lepasan universiti.

    Isunya mudah jerk dok sama2 fikir apa yg patut dibuat bg memastikan budak pandai English, pada aku math dan sains even dalam bahasa apapun kalau ko mmg malas belajar subjek tu mmg tak kemana.

  6. KampungBoy · March 9, 2009 @ 7:35 AM

    Tapi kalau dah sasterawan negara, tokoh akademik, prof2, tokoh bijak pndai bersuara ttg pelaksanaan PPSMI, mgkin ada sbabnya…renung2kanlah

  7. PuteriGunungLedang · March 9, 2009 @ 8:20 AM

    Masa di U dulu ada sorang kwn saya sgt pandai berbahasa Inggeris, vocab nya tinggi mengalahkan lecturer. Bila saya tanya, camna dia boleh pandai BI? Katanya masa dia form 1 lagi dia mula baca English novel,tak faham tgk kamus. Dia speaking di rumah w/pun mak dia tak faham.Dia mmg org kg dan telah lama kematian ayah.Jadi, bukan isu budak bandar atau kg, yg penting inisiatif diri utk menguasai BI. Dan saya nampak kerajaan skrg membantu anak2 kita ke arah itu…

  8. denologis · March 9, 2009 @ 8:37 AM

    I prefer use english at my weblog just to try and learn more. but, at all, I love my native language more n more.

    Glad to visit your blog, Brother!
    Cheers….

  9. Epul · March 9, 2009 @ 11:56 AM

    Sape yang anti PPSMI ni sumer (diedit ole pemilik blog) Aku skrg keje kat Spore,company besar ada kat 140 buah Negara. field oil n gas lagi. gaji 7-8k sebulan wpun x sampai 2 thn grad. Alhamdulillah, rezeki. Tapi pandai b.inggeris atas kertas je (written english). spoken english hancus. colleagues sumer xtau cakap melayu. Aku gagahkan juga berckp BI. Macam mana comp nak promote? Kalu ada PPSMI bleh gak bebudak skrg belajar menguasai BI. Aku dulu bngong BI gak. Tapi sejak kene tarik hidung ngan Sir BI aku sebab berbelit lidah sebut perkatan “would” masa darjah 6, aku terus belajar BI sendiri. Aku ada member masa kat UTM dulu. Subjek SPM sumer score. Tapi BI x kredit. wat paperwork kena maki ngan lecturer sebab translate word by word. x ke bengong tu. masuk industri, takde sape nak wpun 1st class degree sbb BI hancus. So nak senang, diorang amik Cina. Pastu org melayu marahkan govt sebab graduan xde keje. Itula, orang Melayu. Pikir la… X kemana bangsa Melayu kalu org Melayu jadi kuli je, nak naik kena tolak sbb communication skill xde. Bini aku lagi kesian, ada masters in land admin, tapi skarg jadi surirumah sepenuh masa. Sape nk byr PTPTN dier? Aku gak…

  10. |1f34|-|1r3 · March 9, 2009 @ 12:25 PM

    aku pon nk citer jugak la pasal benda nii..dari pengalaman aku sendiri…hehe

  11. Irdzra · March 9, 2009 @ 5:40 PM

    aku seriously menyokong pengunaan dan pengajaran dalam english..

    kat Uni pun mengajar dlm bahasa english gak..sepatutnya lah..tp kat uitm nie tak pun..haha..

    and bile aku ckp english atau ada rakan2/senior2 yg bleh ckp english..majoriti student kat sini akan kutuk kata kami menunjuk..walau pada hakikatnya..depa org jeles kami leh ckp english depa tak..ahahaha..

    but anyways..having to learn english will actually give an added advantage to students..tak kisah la kat bandar atau kat kampung..yg kat kampung tuh..kalo tun mahathir leh blaja english sendiri dgn hebatnya..takkan la depa takleh ?
    dia dlu pun asal kampung gak..

    everything is at their finger tips..internet ada gi bukak benda tak senonoh..ish2..

    so..students and parents both play important part..bukan cikgu je..so that part of the malay mentality kena buang ah kans ? ;)

    sadly org melayu ni majoritinya tak mempunyai sifat ‘survival of the fittest’ yang tinggi..

    sedih2…

  12. azwan · March 9, 2009 @ 10:27 PM

    @Catzer
    tulah, kerajaan BN pulak jenis tidak boleh menerima kritikan, terutamanya dari pihak pembangkang. Sepatutnya, mereka duduk berbincang. kalau betul ada masalah selesaikan dengan segera, protes di sana-sini ni pun memang membuang masa.

    p/s Mak aku pun berbelanja untuk aku dan adik-adik.

    @KampungBoy
    ya aku tahu, aku bukan tak baca sebabnya, tapi kalau nak diharapkan kepada kelas bahasa Inggeris sahaja, tak ke mana. bila ada sesuatu pelajaran yang agak penting begini, ibu bapa memberi perhatian. tak lah semua diharapkan pada cikgu-cikgu sahaja.

    @PGL
    ya, betul, tetapi bukan semua orang boleh buata apa yang kawan awak buat

    @Epul
    mereka tak bengong. mereka ada hujah mereka sendiri. aku pun penyokong Pas, tapi tak semestinya aku setuju. yang kalau berkaitan dengan Islam lainlah :) Orang Cina pun boleh menguasai bahasa Melayu dengan baik, tak kurangpun Cina mereka kan. Kenapa kita tak boleh?

    @Denologis,
    Yes, i love my bahasa melayu tu, thanks for visiting.

    @|1f34|-|1r3
    aku pun nak dengar jugak, tak kisahlah kalau kau menyokong atau anti PPSMI, semua orang berhak memberikan pendapat.

    @Irdza
    ‘survival of the fittest’ macam dah lama hilang. oh, btw, i … masa kat UUM, dengan kawan-kawan cakap Melayu aje. bahasa melayu tetap bahasa ibunda :) tetapi tak lupa juga pentingnya bahasa inggeris.

  13. aman · March 10, 2009 @ 3:51 AM

    hmmm…
    rasanya demo sumer nie memang tak best nak didengar…lebih baik duk satu meja berbincang jer..

    rasanya, diorang perjuangkan pun, sbb ramai budak yang tak reti bile tang matematik ngan sains dienglishkan, maybe kena start tahun 2 dan keatas kot, sbb kalo ikut silibus lama aku, time darjah satu baru blaja A for Apple, One Two Three sumer. Nie, kalo tetiba tanya Two Minus One Equals to, walaupun budak tue taw dua tolak satu sama dengan satu, tak semestinya dia dapat jawab dalam bhs english…

    hehe..
    BTW, tuk soalan akhir tue, rasanya jawapan dia TAK…

  14. dins · March 10, 2009 @ 6:41 AM

    Dua-dua ada pro and con.Cuma bila nak laksanakan sesuatu perlu ada persediaan yg betul.

  15. Epul · March 10, 2009 @ 8:49 AM

    Tguna blajar bi kalu tak practice dengan berckp. at least bile ada subject selain English diajar dlm BI kan bagus. nak lagi bagus, start dr awal. aku sdiri tergeliat biji mata dok cari maksud pengamiran dan pembezaan bila belajar calculus masa kat u sbb buku dalam BI. byk kan tengok Discovery channel, tgk mcm mana orng China belajar BI wpun dah tua sbb sukan Olimpic di Beijing. Patutla Shell lari bukak refinery plant kat China wpun plan asal kat p.gudang. Brape ramai org melayu tlepas peluang keje ngan shell? Org melayu biar la hilang identiti Kemelayuannya, tapi jngan hilang kan Keislamannya.
    masalahnya skrg, byk buku2 rujukan dlm BI. Byk teknologi baru mengambil masa utk sampai ke pelajar2 di sini. Jurnal2 dan tesis yg menjadi rujukan semua dlm BI. Even manual peralatan analisis kimia pun dalam BI. Buku2 yang diterjemahkan lecturer utk memudahkan pelajar pun hanya menyusahkan sebab lebih mirip bahasa Indonesia. Mana tahu lecturer hanya memungut untung menjual buku2 rujukan yg dikatakan diterjemah mereka walhal student master yang berasal dari Indonesia yang bsusah payah dok translate. Di UTM Skudai ni, menjadi tempat lambakan pelajar2 melayu yang lulus cemerlang dlm subjek Sains tapi lingkup dalam BI. Masa sejam sehari di kelas yg diperuntukkan utk budak2 sekolah tak cukup untuk memperkasakan BI mereka. PPSMI la peluang mereka memantapkan lagi BI.

    Bahasa melayu takde nilai dalam kemajuan teknologi dunia. Hanya bernilai dalam bidang kesusateraan melayu je. Bukan susah pun PPSMI ni. Istilah yg digunakan pun x kompleks macam istilah Chemical Engineering atau Mechanical Engineering yang mempunyai istilah2 sendiri. Sains budak sekolah je. Tak susah pun kalu nak blajar sungguh2. Lagi elok sebab diorg dah didiedahkan lebih awal dalam istilah2 basic dalam kimia, fizik, bio dsb. Bebudak skrg byk komplen, tak nak usaha sdiri…

  16. PuteriGunungLedang · March 10, 2009 @ 9:27 AM

    Saya setuju sangat dengan En Epul – Biar hilang identiti Melayu, jangan hilang KeISLAMannya.

  17. Shaffik · March 10, 2009 @ 11:28 AM

    Pada aku pulak, ada bagusnya penggunaan Bahasa Inggeris ni. Pertamanya, anak-anak kita ad least tahu menggunakan Bahasa Inggeris. Bukan nak melenyapkan Bahasa Melayu tu. Tapi Bahasa Melayu tetap menjadi Bahasa Ibunda. Kalau tak di buat sebegini, sampai bila murid-muris tak menggunakan bahasa inggeris. Susah pula nak mintak kerja nanti. Sebab kebanyakkan company memerlukan bahasa ini.

  18. azwan · March 10, 2009 @ 4:26 PM

    @ Salam semua
    Terima kasih atas maklumbalas anda, ramai yang menyokong juga ya. Walaubagaimanapun, ada kebenaran dari pihak GMP, iaitu murid-murid luar bandar akan terasa bahang dan keperitannya. Ditambah lagi dengan masalah guru-guru sendiri yang tidak fasih dan faham dalam bahasa inggeris (ya masih ada lagi guru yang tak reti, tetapi disuruh mengajar) – Hello Hishammudin Hussein? kau tahu akan masalah ini? atau buat-buat tak tahu?

    PPSMI juga bukan jawapan untuk kejayaan orang Melayu di masa hadapan. Tetapi untuk ‘survivalbility’ Melayu itu sendiri, perubahan ini perlu.

    Cara yang paling baik ialah duduk dan berbincang, untuk kepentingan orang Melayu dan Malaysia secara keseluruhannya, bukan untuk kepentingan politik mana-mana pihak.

    Jika ada kelemahan, perbaiki perlaksanaannya. Memansuhkan PPSMI bukan jawapannya.

    By the way, aku nak tanya. Tak ada pulak aku dengan suara dari mereka-mereka yang memperjuangkan ketuanan Melayu. umNo tido?

  19. budeen · March 11, 2009 @ 2:36 AM

    perbezaan pandangan ni sebenarnya rahmat.. tapi biar kena caranya.. duduk berbincang dan putuskan yg terbaik.. you win some, you loose some.. semua perkara ada pro & kontranya..

  20. j_hafiz · March 11, 2009 @ 11:27 AM

    nak jlnkan PPSMI xsalah, tp bior la ade plan berkesan. sian la aku dgor rmai duk bleter.dr mulut ckgu sndri.klo dbndar mgkin bdk2 leh catch up. kt kmpung2? slaras ke smua program ni? Param UMNO xberapa aku dgr lak psl isu ni.smua diam tnda stuju kut. kecuali KJ yg dah laungkan agar hentikan PPSMI…(dia sorg la stkt yg aku taw)

  21. j_hafiz · March 11, 2009 @ 11:30 AM

    tmbahan, prasan x, pak samad pon turun br ni. pkir dgn akal yg waras, xkan la die sje2 turun. klau fhm,knl siapa dia tntu kita akn pkir dia xkan sje trun.kan? siap kne sembur lg pak samad,,adui la.. bwk la pak samad k TV bg dia cakap skit

  22. xmindfreakx · March 11, 2009 @ 6:19 PM

    aku sokong sahaja.masalah pendalaman?bukankah anak2 orang pendalaman yang berumur 6 tahun sama sahaja taraf pendidikan dengan 6 tahun dibandar.jangan jadikan pendalaman sebagai alasan.Aku lahir kat kg yang sampai sekarang coverage mobile phone tak dapat2 lagi.dan bekalan air paip baru dikecapi dalam 10 tahun yang lalu.dulu pakai perigi.tapi pada aku,xder masalah pun belajar bahasa inggeris..
    yang kerajaan perlu amik tahu adalah,jika nak teruskan,sila pastikan kemudahan pembelajaran guru2 mencukupi.bukan harap guru2 keluar effort 100 peratus

  23. sam · March 11, 2009 @ 9:33 PM

    aku pun sokong.. byk cara lain kalau nak buat protes ni.. tapi apa yg aku nampak.. buat cara ni yg selalu dapat perhatian agaknya..

  24. abdfatah · March 12, 2009 @ 10:37 AM

    you can learn english or chiness or other languange if you want. if you don’t understand the languange how do you know what they talking about?

    get attention with protest like this because gov don’t listen and don’t have ear anymore… hehehehe

  25. Qaiyum · March 13, 2009 @ 12:09 PM

    Cam Best Je Lancarkan Roket Tu. Cam Kool Jek.

    1. Ayah aku sekolah rendah sekolah Melayu.

    2. Ayah aku sekolah menengah kat English High School.

    3. Habis sekolah dia masuk pasukan Polis.

    4. Kemudian dapat sambung belajar amik diploma undang² kat UK.

    5. Balik sini & terus berkhidmat dengan PDRM.

    6. EH!? Tetiba aku sekarang dah besar makan minum cukup.

    p/s : Kalau dulu kat Sekolah Inggeris SEMUA subjek dalam English. Apalah sangat dengan 2 Subjek Ni.

  26. marie · March 15, 2009 @ 4:57 PM

    Melayu layu…

    1.plaja skunk x brsyukur.
    2.dok mnuggu je org tolg,smpi ke tua cm tuh je lah
    3.asyik2 chegu.
    4.mals nk mncuba dn mngtahui

    :D

  27. earnword · March 17, 2009 @ 11:55 PM

    ehm..susah nak cakap. Tapi, ada baik dan buruknya.

  28. sikapak · April 5, 2009 @ 4:50 AM

    emmm….bagus2 lah pelajaran korang ni semua bab BI nih!!Apa tajuknye nih?? Takkan Melayu Hilang Di Dunia?? Memanglah 100% betul apa yg dicakapkan oleh si TUAH tuu… Melayu takkan hilang di dunia …tapi yg hilangnya ialah ISLAM !!!

  29. MBMMBI · April 26, 2010 @ 4:59 PM

    I would like to share a new method to learn English, listen to English and read English…. do not translate.

    1. Never Study A Single English Word
    That’s right, do not memorize words. Native speakers do not learn English by remembering single words. Native speakers learn phrases.

    2. Never Study Grammar
    Right now. Stop. Put away your grammar books and textbooks. Grammar rules teach you to think about English, you want to speak automatically– without thinking!

    3. Learn With Your Ears, Not Your Eyes
    Spend most of your study time listening- that is the key to great speaking.

    4. Slow, Deep Learning Is Best
    Its not enough to know a definition. Its not enough to remember for a test. You must put the word deep into your brain. To speak English easily, you must repeat each lesson many times.

    5. Use Point Of View Mini-Stories
    You must learn grammar by listening to real English. The best way is to listen to the same story… told in different times (points of view): Past, Perfect, Present, Future. How do you do this? Easy! Find a story or article in the present tense. Then ask your native speaker tutor to write it again in the Past, with Perfect tenses, and in the Future. Finally, ask him to read and record these stories for you.

    6. Only Use Real English Lessons & Materials
    How do you learn Real English? It’s easy. Stop using textbooks. Instead, listen only to real English movies, TV shows, audio books, audio articles, stories, and talk radio shows. Use real English materials.

    7. Listen and Answer Mini-Stories (not Listen and Repeat)
    Because the teacher constantly and quickly asks easy questions, you don’t have time to think about grammar. You just immediately shout a couple of words– which teaches you to respond faster, and faster, and faster.

Leave a Reply