Archive

Salam riang semua!
Best kan, kalau ada ramai kawan. Tetapi, dalam pada itu, bila dah ramai, kadang-kadang tu agak sukar untuk menjaga hati semua orang. Perselisihan faham akan berlaku dan mungkin perkara kecil akan menjadi besar dan kawan boleh menjadi lawan.
Jika ia pernah berlaku, aku ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun dan maaf ke atas kesilapan yang telah aku lakukan sepanjang berblog di azwan.my, semasa melayan korang semua di facebook, twitter dan aktiviti-aktiviti online yang lain ataupun semasa offline. Kalau ada terkasar bahasa dan menyinggung perasaan korang, ampun ye. Tak kiralah sengaja ataupun tidak. Mana tahu, kalau ada yang terkecil hati walaupun disebabkan kesilapan seperti terlupa untuk membalas email
Aku juga, dengan ikhlas memaafkan semua kesilapan yang korang mungkin telah lalukan samada sengaja ataupun tidak (kesilapan/kesalahan saja ye, kalau berhutang sila hubungi aku di sini untuk menjelaskannya
)
Yang merancang untuk balik kampung malam ini atau esok (kalau esok tak Raya
), berhati-hati dan pandulah dengan berhemah. Please don’t add to the statistics.
Aku raya kat Pilah tahun ni, mungkin raya ke 3 balik semula ke KL, raya di kampung kat Gombak pulak.
Akhir kata aku harap korang semua berbahagia selalu di samping keluarga tercinta. Semoga Aidil Fitri ini membawa 1001 kenangan terindah.
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.
Tags: Aidil Fitri, balik kampung, selamat hari raya · 5 comments · Leave a response »

zool · September 8, 2010 @ 4:15 PM
Salam Aidilfitri .. Maaf kalau aku ada buat salah dan silap
Jap · September 8, 2010 @ 9:47 PM
Selamat Hari Raya.. mohon maaf zahir batin..
lowongan pekerjaan · September 10, 2010 @ 1:38 PM
Selamat Hari Raya bro…
Azham Zanal · September 14, 2010 @ 4:23 PM
Salam, Btw bro, selamat hari raya dan semoga raya kita diberkati tahun ini..
azwan · September 15, 2010 @ 11:08 AM
selamat hari raya..