Archive

[UPDATE: 18 Feb 2011] Both package discussed below is no longer available. I have removed all links.

Sejak kebelakangan ini, ramai blogger membincangkan perihal pendapatan yang dijanakan melalui cara mempromosikan link affiliate, terutamannya ClickBank. Pada masa yang sama, terdapat 2 pakej yang masih ‘hot’ mengenai ClickBank. Ini dihangatkan lagi dengan kisah kejayaan seorang suri rumah membuat RM7,000 dan bagaimana seorang remaja berjaya menjana RM14,000 dalam program affiliate ini dalam masa 2 bulan.

Jika aku dapat menjana sebanyak itu di internet setiap bulan secara konsisten, aku akan berada di rumah sekarang, menunggu masa untuk mengambil anak-anak aku dari sekolah, makan bersama mereka dan kemudian menghantar mereka kembali ke sekolah. eh.. aku memang di rumah sekarang, tapi MC lah.

Jika kau baru hendak bermula dengan ClickBank, pakej mana yang lebih baik? Adakah lebih berbaloi mendapatkan Rahsia Clickbank Zamri Nanyan dan Gobala Krishnan (Pakej RCB), atau Pakej Video Youtube Puan Lisa Hilmi (Pakej Video).

Harga
pakej-video-youtube-lisahilmi
Kalau dilihat dari segi harga sudah tentu produk Pakej Video jauh lebih murah. RM70 berbanding RM240, lebih 3 kali ganda. Budak sekolah mungkin terpaksa menggunakan khidmat cik Google untuk mendapatkan maklumat kerana sudah tentu mereka tidak mampu membeli mana-mana pakej pun untuk fast track ke affiliate marketing. Bagi yang sudah mempunyai pendapatan, ataupun yang menyalahgunakan wang biasiswa, sudah tentu mampu, tapi sebelum membeli yang paling murah … teruskan membaca dahulu.

Presentation
Untuk mengorek ilmu yang ada di dalam Pakej RCB, kau perlu membaca, manakala dalam Pakej Video, kau hanya perlu menonton video yang disediakan. Terpulang kepada keselesaan masing-masing, tetapi memandangkan purata rakyat Malaysia yang kurang membaca, kau fikirlah sendiri. Tetapi, jangan pula kau marah apabila mengharapkan suara lunak dan merdu seorang perempuan dalam video youtube tersebut, kerana yang akan memberikan penjelasan dan penerangan adalah seorang lelaki.

Intronya sahaja suara perempuan :( .. ha .. ha

Plug and Play
rahsia-clickbank
Pakej RCB menyediakan satu pakej plug and play yang lengkap. Setelah mendapatkan domain dan hosting, kau hanya perlu memuatnaikkan bahan-bahan yang disediakan dan website kau telah tersedia menunggu pelawat. Sila baca semula. Walaupun plug an play, pengetahuan teknikal diperlukan untuk domain, hosting, ftp, html dan berkaitan. Selepas itu kau hanya perlu ‘market’kan website tersebut. Untuk menjadikan site kau lebih unik, sedikit perubahan pada grafik dan teks perlu dilakukan, jika mahu.

Pakej Video pula memerlukan kau membuat penyelidikan mengenai apa yang ‘panas’ di internet dan bagaimana menghubungan video dan produk-produk yang tersedia di ClickBank.

Asas Marketing
70% daripada marketing telah dilakukan oleh Youtube :) sedangkan mempunyai website sendiri memerlukan usaha dan masa untuk mempromosikannya. Lainlah kau selalu di sini, segala yang asas mengenai trafik boleh kau belajar dari aku.

Pengetahuan Teknikal
Kau perlukan pengetahuan teknikal yang kukuh jika membeli Pakej RCB. Kau harus tahu bagaimana untuk mendaftarkan domain dan hosting, bagaimana hendak memindahkan fail-fail ke server menggunakan perisian FTP dan juga sedikit ilmu HTML dan PHP. Kau juga perlu tahu menggunakan CPanel. Kau akan tergelak melihat soalan-soalan yang diutarakan di ruangan support Pakej RCB di WangCyber. Maaf, aku bukan hendak mengutuk mereka yang bertanya, cuma aku berpendapat bahawa mereka tersalah membeli produk. Mereka patut terlebih dahulu membeli pakej Kit Blogger SmartZul. Tapi kalau kau ada duit, pasukan support Rahsia ClickBank akan menyediakannya segalanya untuk kau. Kena bayar lagi :(

Walaupun begitu, kau masih perlu mempelajari SEO dan asas mengiklan di internet.

Pakej Video pula hanya memerlukan kau tahu bagaimana untuk menaikturunkan video dan bagaimana hendak memasukkan link affiliate ke video tersebut. Tonton video yang diberikan dan setiap langkah yang diperlukan akan ditunjukkan dan diterangkan di dalam video tersebut. Mudah dan Cepat.

Kesenangan Mengguna
Buat mereka yang sudahpun mempunyai website berbayar sendiri, Pakej RCB memang mudah, upload and promote. Lakukan sedikit pengubahsuaian pada graphic dan teks, dan kau sudah ada 5 website yang unik untuk dipromosikan yang lengkap dengan link affiliate ClickBank kau. Lebih molek jika kau telahpun ada mailing list ataupun RSS reader yang ramai.

Bergantung kepada kelajuan Streamyx yang semakin hari semakin celaka (streamyx ya, bukan Pemuda), menaikturunkan video di Youtube mungkin akan memakan masa.

Bantuan Selepas Jualan
Pakej RCB menyediakan ruang support khas di WangCyber manakala support dari Puan Lisa Hilmi adalah melalui YM dan email. Yang aku pasti, soalan kepada Puan Lisa Hilmi akan dijawab oleh beliau sendiri manakala di ruangan support Pakej RCB di Wang Cyber, soalan anda mungkin dijawab oleh para pembeli Pakej RCB juga. Lebih cepat response di WangCyber, tetapi soalan itu mungkin juga akan dijawab oleh sesiapa sahaja yang mempunyai keahlian WangCyber.

Rahsia ClickBank vs Pakej Youtube, yang mana lebih bagus?
Jika kau memenuhi kriteria di bawah:

  • Seorang Newbie
  • Tidak mempunyai website ataupun blog sendiri.
  • Tidak tahu apa-apa pun mengenai hosting, domain, FTP dan SEO.
  • Ingin kan sesuatu yang murah dan sudah terbukti keberkesanannya
  • Inginkan maklumat Fast Track tanpa perlu mempelajari banyak perkara.
  • Ingin membayar sekali sahaja.

Maka, dapatkan Pakej Vidoe Youtube Puan Lisa Hilmi. Pakej Puan Lisa adalah jauh lebih murah, senang difahami dan senang dilaksanakan. Perhatian hanya perlu ditumpukan kepada membuat penyelidikan mengenai apa yang ‘panas’ di internet dan bagaimana menghubungan video dan pakej yang tersedia di ClickBank. Caranya pun ada diterangkan di dalam video.

Pakej Rahsia Clickbank hanya sesuai untuk mereka yang sudah ada asas teknikal membina website dan blog. Sudah tahu mempromosikan blog dan juga faham cara pengiklanan di internet. Jika tidak kau mungkin akan terkial-kial dan akan give up dengan cepat. Namu begitu, support disediakan di WangCyber.

Tak kiralah mana yang kau pilih, ikut dan buat sampai dapat. Jangan baru cuba sekali tetapi gagal dan kau terus katakan bahawa buat duit di internet ini scam.

Tunggu apa lagi, jom kita ramai-ramai buat duit di internet. Mulakan dengan Pakej Video Youtube.

buat duit dengan video youtube

ps
Rasa pelik tak, bila aku ber-blogging menggunakan bahasa Melayu? :) Aku harap tidak. Target market kedua-dua di atas adalah untuk rakyat Malaysia, tak ada gunanya aku buat review dalam bahasa Inggeris.
pps
All the links above have my affiliate id in it :)

Tags: , , , · 40 comments · Leave a response »

Related Post

40 Responses to “Pakej Rahsia ClickBank vs Pakej Video Youtube Lisa Hilmi”

  1. am · March 18, 2009 @ 3:57 PM

    wooo.. kekok la bro..
    sebenarnya tak kekok..
    tapi lepas keluar statement ‘rasa pelik tak” tu yang buat rasa cam kekok jer..

    pakej youtube tu ajarkan jimatkan masa nak edit video.
    kalau cara lama, nak kena download, pastu convert ke avi, edit pakai video watermark kemudian convert balik ke flv, baru boleh upload ke youtube.

    Nampak pakej dia lebih praktikal.. am pun cube buat dah.. semua ok.. tapi tube increaser buat hal pulak..

  2. budeen · March 18, 2009 @ 5:32 PM

    aku mcm berminat nak cuba pakej video.. tapi mana lebih baik, guna blog sediaada atau khususkan blog baru?

    apa kena mengena streamyx dgn pemuda? hehehe.. mengumpan betul..

  3. en_me · March 18, 2009 @ 6:15 PM

    thanx for d info.. bagus bagus

  4. |1f34|-|1r3 · March 18, 2009 @ 9:46 PM

    pakej clickbank aku rasa mahal sangat la…haha..tak mampu aku nak beli…

  5. am · March 19, 2009 @ 11:44 AM

    I think cam nak pi bengkel flarebiz tu lah.. menarik dan murah sebenarnya…

    **Matila takde duit!

  6. azwan · March 19, 2009 @ 12:24 PM

    @Am
    ya, pakej dia memang lebih praktikal. antara pakej fastrack yang terbaik yang pernah aku jumpa

    @budeen
    untuk marketing di youtube, tak ada blog lain pun tak mengapa. bila nak link ke affiliate boleh gunakan pinurl.com or tinyurl.com untuk hide and redirect affiliate.

    @en_me
    ha .. kau nak buat duit di internet jugak ke?

    @|1f34|-|1r3
    tak mampu, tak perlu .. tapi .. kalau kau member wangcyber, sedikit sebanyak, boleh belajar kat situ

    @am
    bengkel mana ni, aku rasa posting aku tak ada mention anything pasal bengkel pun. btw, untuk orang seperti kau yang bukan lagi newbie, bengkel ni akan hanya membuang masa kau. go for a one to one or face to face package, baru boleh fine tune skills yang ada … baru berbaloi

  7. affuan · March 19, 2009 @ 1:28 PM

    hm.. penjual rasanya perlu include asas2 yang ko sebut kat atas tu.

  8. Why You Should Choose A Hosting Company From Malaysia | Blog.Azwan · March 19, 2009 @ 2:19 PM

    [...] which ClickBank fast track package you choose, either RCB or Pakej Video Youtube Lisa Hilmi, if you are looking for a hosting company in Malaysia, I would like to propose (and promote) the [...]

  9. Cyza · March 19, 2009 @ 3:03 PM

    Bro,

    Gua suka lu tulis dalam bahasa ni, lebih relex dan santai.

    Gua pun suka lu punya bahasa ni:

    “Bergantung kepada kelajuan Streamyx yang semakin hari semakin celaka (streamyx ya, bukan Pemuda)…”

    Direct dan straight forward…

    Tapi, post ni memang sangat sangat bagus…good review. akku harap ada lebih banyak post seumpama ini…memberikan 3rd opinion kepada orang… Thanks for the goods… :)

  10. azwan · March 19, 2009 @ 4:05 PM

    @Affuan
    memang disediakan, tapi kena tambah bayaran aje :(

    @Zaki
    ha..ha.. produk malaysia lebih senang tulis dalam bahasa Melayu. nanti international visitors aku marah pulak aku promote benda yang mereka tak faham.

    lebih banyak? kena tengok mood.

  11. |1f34|-|1r3 · March 19, 2009 @ 6:46 PM

    aku rasa pasal clickbank banyak leh belajar kat net jer…aku dh beli pakej youtube tuh..kalau tak..bleh beli bawah ko nyer link…hehe

  12. azwan · March 19, 2009 @ 7:51 PM

    @|1f34|-|1r3
    memang banyak boleh belajar kat net, actually semuanya boleh tanya cik google je. tapi it takes time and these fast track packages do help.

    alahai .. rugi la

  13. KNizam · March 19, 2009 @ 10:32 PM

    haha i sense sempoiness in your entry. cool giler. hehe :)

  14. azwan · March 20, 2009 @ 12:43 AM

    @KNizam
    Sekali sekala sempoi. at least ada sedikit variety dalam penulisan.

  15. am · March 20, 2009 @ 1:17 PM

    am jenis lambat tangkap… so praktical work n tutorial live rasanya banyak membantu… btw dia besok dari majalah im punya.. module dia 70% expert level pada am harga murahlah..

  16. azwan · March 20, 2009 @ 10:30 PM

    @Am
    seriously, kalau kau nak pergi lebih jauh, cari one to one session. bengkel ramai orang. nanti kalau ada participant yang slow … kau akan hilang fokus.

  17. zaki blogjer · March 20, 2009 @ 10:33 PM

    Your BM not bad. Boleh paham lg. Ngko dh beralih arah ke CB plak ke?

  18. azwan · March 20, 2009 @ 10:38 PM

    @Zaki
    orang Melayu kan :) .. ya .. aku faham maksud kau. ada setengah blog tu, tulisan dalam bahasa Melayu, tapi haram .. aku tak faham apa yang hendak disampaikan.

    Diversifying :)

    Concentration is still on a few, but still … we need to learn others, just in case.

  19. bantingboy · March 21, 2009 @ 12:42 PM

    hehe..your malay was good lah..

  20. abdfatah · March 24, 2009 @ 3:45 PM

    blog aku lagi haru biru… kalo omputeh lagi kacau bilau tulisannya… hehehehe

    apohal pun buat ler pilihan yang mana berkenan…

  21. samdaddycool · March 26, 2009 @ 12:17 AM

    ….. semsetinya aku mmg sudah angkat pakej video puan lisa.. memang best!

  22. azwan · March 26, 2009 @ 12:32 AM

    @Bantingboy
    thanks …

    @Abdfatah
    ha..ha.. kau tulis dalam melayu pun kekadang aku pening.

    @samdaddycool
    memang pun. anyway, what ever projects, think of it for long term

  23. rajapayloadz · March 26, 2009 @ 10:06 AM

    setuju. pakej lisa hilmi berpatutan.

  24. adirwana85 · April 2, 2009 @ 1:50 PM

    hmmm..mcm menarik je pakej video nih.mmg btul ka bro pakej tu blh buat duit arr..aku ni zero haha..

  25. azwan · April 3, 2009 @ 12:08 AM

    @rajapayloadz
    ya, quite cheap :)

    @adirwana85
    tak boleh nak jamin. cara telah diberikan, kalau tak usaha, takkan nak dapat apa-apa?

  26. alone · April 7, 2009 @ 4:13 AM

    pakej video tu memang menarik dan mudah. aku rekemen la untuk sapa2 yang berminat.

    oh ya, ianya berkesan =D

  27. RenzoKin · April 9, 2009 @ 4:35 PM

    Br ja bli pakej youtube puan Lisa. Senang nak paham, lg menarik x perlu kuar duit pun utk buat pakej puan lisa ^^

  28. spatt · April 10, 2009 @ 2:56 AM

    oh, bro ade kat wangcyber eh?ape nickname?hehe

  29. ab · April 10, 2009 @ 5:43 PM

    hai,saya adakalanya setuju semua dengan pendapat2 masing2…cuma mengikut kesesuaian dan yang penting rezeki belum mari lagi

  30. gee · July 18, 2009 @ 11:20 PM

    bagus review ni. kebetulan saya memang tgh survey kedua2 pakej. btw, saya newbie, kat mana nak cari one to one season?

  31. azwan · July 19, 2009 @ 7:26 PM

    @Gee
    sesi 1 to 1 untuk apa? kalau making money online through blogging, sila rujuk http://www.rohaizad.com

  32. IKHLAS · November 5, 2009 @ 3:40 PM

    salam,sya bru gak kt cni,tertarik ngan pakej puan lisa tu,ada sapa2 kt cni yg dah bli leh gtau,klu nk jayakn video marketing style puan lisa tu kita kena ada domain tak?thks

  33. azwan · November 6, 2009 @ 12:08 AM

    Tak perlu. Tapi kalau dah ada domain, pas tu combine kan sekali dgn cara yg dia ajar … memang power :)

  34. rajabersiung · April 5, 2010 @ 12:09 PM

    salam bro..erm..mcm mana erk nk langgan produk puan hilmi..bleyh bagi link
    btw..de 1 benda aku ada trbaca dulu..slps sorang hamba ni mmbuat pmbayaran..link untk download produk not appear..risk jugak tuh..ok thats all…thankss
    lagi elok email me at slipa_jepun86@yahoo.com
    urgent nk uat duit :)

  35. azwan · April 5, 2010 @ 1:52 PM

    @rajabersiung
    Link ada di dalam pos ni, last sentence. Kalau tak perasan, ni dia
    http://azwan.my/go/pakejvideo/

  36. rajabersiung · April 11, 2010 @ 11:35 AM

    thankss bro

  37. Pakej Video Youtube · June 8, 2010 @ 12:28 PM

    Pakej Video Youtube ini memang menarik untuk di jadikan salah satu daripada strategi bisnes asalkan kita tahu cara yang
    sesuai dan berkesan…

  38. Tuan · December 18, 2010 @ 4:33 AM

    Adakah bila sesiapa melihat video kita, duit akan masuk dalam bank?

  39. azwan · December 19, 2010 @ 11:20 PM

    No. Kalau begitu mudah, there are many millionaires already in Malaysia.

  40. mat · February 17, 2011 @ 3:04 PM

    Saya dah beli pakej tu dan sudah download tapi sekarang tak boleh nak tengok sebb semua video tu di simpan kat server bila di tak bayar hosting habis la semua. ada sape tau tak dia ada kat mana

Leave a Reply