Archive

Nota: Tawaran ni dah tamat. Sila rujuk kerja kerajaan untuk jawatan lain. Ataupun, Kalau kau masih menganggur atau sudah bosan dengan kerja sekarang, apa kata kau cuba buat duit secara online. Sila rujuk artikel-artikel yang terdapat dikategori DUIT :)

Kekosongan di Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk jawatan Pegawai Eksekutif dalam bidang Teknologi Maklumat. Gaji yang di tawarkan adalah RM2736.00. Sila ambil perhatian – KONTRAK.

Kelayakan Minima :

  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang Sains Komputer, Teknologi Maklumat dan Kejuruteraan Komputer daripada Institusi Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
  • Memiliki Purata Nilai Gred Terkumpul (CGPA) sekurang-kurangnya 2.70 dan ke atas bagi ijazah-ijazah yang berkenaan. Berpengalaman sekurang-kurangnya 2 tahun dalam pembangunan sistem berasaskan Web.
  • Kepujian Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Tarikh tutup permohonan adalah pada hari Jumaat ini, 27 Februari 2009. Maaf kerana terlambat. Kepada yang berminat atau mengenali mereka yang berminat, jangan berlengah sebab tinggal 2 hari sahaja lagi. Borang permohonan dan segala maklumat boleh dimuat turunkan menggunakan pautan ini. Pautan ini tidak akan berfunsi lagi selepas 27/02/09.

p/s
Kau fahamkan maksud kontrak? Lepas dah habis, kalau diorang tak nak, kau akan dibuang begitu sahaja. Habis madu sepah dibuang :)
Lagi satu nak beritahu, gaji memang lumayan. Ada peluang, rembat sahaja. Mungkin pada mulanya kontrak. Tetapi, mana tahukan, kalau ada tawaran jawatan tetap kepada perkerja-pekerja kontrak selepas itu. Tak untung gitu?
Ada pro and cons, so … evaluate carefully untuk masa depan kau.

buat-duit-dengan-youtube

Tags: , · 10 comments · Leave a response »

Related Post

    None Found

10 Responses to “LHDN – Jawatan Kosong – Pegawai Eksekutif (Sistem Maklumat) Gred 7 KONTRAK”

  1. budeen · February 25, 2009 @ 7:12 PM

    aik! sejak bila pulak jadi agen pengiklanan utk LHDN..? :)

  2. KNizam · February 25, 2009 @ 9:58 PM

    wahhhhhh masyukkkk ni. heeh :)

  3. aman · February 25, 2009 @ 10:10 PM

    hoho..
    dah jadi jobs site ker bro?
    hehe…

  4. azwan · February 25, 2009 @ 10:29 PM

    @Budeen
    ha..ha. mana ada, offer dia memang bagus untuk fresh graduate.

    @Knizam
    memang lah masyuk, kalu baru keluar U gaji macam tu

    @Aman
    personal blog, non niche, apa pun boleh :)

  5. zool · February 25, 2009 @ 11:15 PM

    Member aku ada sorang kat LHDN ni.. Wah banyaknya gaji…

  6. spatt · February 25, 2009 @ 11:49 PM

    wah..iklan LHDN…hehe
    yup, gaji diorang mmg masyuk arh..
    mak aku keje LHDN gak tapi pembantu tapi pembantu tadbir je, bukan pegawai.. :D

  7. am · February 26, 2009 @ 2:30 PM

    iklan kerja kosong memang dapat sambutan tuk traffic yup bro.. gaji lebat tu..

  8. azwan · February 26, 2009 @ 4:17 PM

    @Zool
    dah rezeki dia :)

    @Spatt
    kat mana, jalan duta

    @Am
    kalau ada pertambahan dalam traffic tu, baguslah. Tapi ini lebih kepada nak tolong kawan-kawan yang masih mencari kerja dan juga mereka yang hampir tak ada kerja.

    Pasal gaji dia tu, ok lah .. satu-satunya organisasi kerjaan yang boleh bersaing dengan organisasi multi nasional dari segi gaji.

  9. abdfatah · February 27, 2009 @ 9:52 PM

    nak kerja nak kerja nak kerja jugak… nak kerja free… nak kerja free…

  10. azwan · February 28, 2009 @ 12:09 AM

    @Fatah
    kerja free tak dapat gaji la